Tuesday, 26 November 2013

Apa itu Chetti Melaka?

Perkampungan masyarakat Chetti Melaka terletak di Perkampungan Budaya Chetti yang dahulu dikenali sebagai Kampung Tujuh di Jalan Gajah Berang, Negeri Melaka Bandaraya Warisan Dunia iaitu kira-kira dua kilometer dari pusat bandar Melaka. Seluruh kawasan perkampungan Budaya Chetti ini mempunyai keluasan 5ekar. Terdapat tiga buah kuil di Kampung Budaya Chetti Melaka iaitu Sri Muthu Mariamman yang telah dibina pada 1822, Sri Kailasanathar pada 1887 dan Sri Angala Parameswari pada 1888. Lebih kurang 23 rumah kepunyaan masyarakat Chetti, keluarga yang berketurunan Chetti Melaka adalah sebanyak 150 hingga 200 orang yang mempunyai purata lima orang dalam satu keluarga. Kebanyakkan daripada mereka telah menetap di sini sekurang-kurangnya enam generasi. Rumah-rumah yang didiami mereka dibina separuh batu dan separuh papan dengan ciri binaan yang unik. Antaranya ialah serambi, iaitu tempat istirehat di bahagian depan rumah. Terdapat beberapa keturunan di dalam masyarakat Chetti Melaka iaitu Pillay, Pathair, Chitty, Rajah, Mudaliar, Naiker, Padiachee, dan Pandaram. Mereka mewarisi nama keluarga atau keturunan mereka yang berasal dari India.

No comments:

Post a Comment